KEIBUBAPAAN


CARA-CARA MENGHORMATI IBU-BAPA

  • Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
  • Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.
  •  Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
  •  Tidak membantah kata-kata mereka.
  • Tidak menyakiti perasaan mereka .
KITA JUGA DIWAJIBKAN UNTUK BERBAKTI TERHADAP KEDUA IBU BAPA. PELBAGAI CARA BOLEH DILAKUKAN UNTUK BERBAKTI KEPADA MEREKA. ANTARANYA : 
  • Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
  • Merawati mereka ketika sakit.
  • Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.


APABILA MEREKA SUDAH MENINGGAL DUNIA, APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN UNTUK MEREKA ADALAH : 
  •   Menunaikan janji mereka.
  •  Memuliakan rakan-rakan mereka.
  •  Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka
  •  Sentiasa mendoakan mereka



Unit Bimbingan Kaunseling SMK Bandaraya Kota Kinabalu Sabah